Isnin, 3 Disember 2012

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1:

a.       Murid membaca seni kata lagu yang diberi.


Seni kata lagu

b.   Murid menyanyikan lagu tersebut  mengikut rentak seni kata lagu “Bangun Pagi Gosok Gigi” secara beramai-ramai.
c.       Murid-murid menyebut perkataan yang digariskan dalam seni kata lagu tersebut.
d.      Murid diberi penerangan tentang kata nama am yang terdapat dalam lagu.
e.       Murid-murid menyebut semula kata nama am yang dipamerkan oleh guru secara kelas.


Senarai kata nama am yang terdapat pada seni kata lagu


Langkah 2:

a.       Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk permainan Peti Undi.


Kotak kad kata nama am bagi setiap kumpulan

Kotak kad katogeri

b.      Setiap kumpulan diberi sebuah kotak yang mengandungi pelbagai kad kata nama am.


Kad kata nama am yang digunting dan dimasukkan ke dalam kotak kata nama am

c.       Kotak tersebut akan diedarkan daripada seorang murid kepada murid yang lain semasa muzik dimainkan.
d.    Apabila muzik dihentikan murid akan memilih satu kata nama am dari dalam kotak kad nama am lalu memasukkannya ke dalam kotak mengikut katogeri (binatang, tempat, orang, benda).
e.  Apabila semua telah selesai, ketua kumpulan akan menampalkan kad-kad tersebut ke papan tulis mengikut katogeri.

Katogeri kata nama am

Langkah 3:

a.       Murid menyebut kata nama am yang ditunjukkan secara individu dan secara kelas.


Senarai kata nama am

b.      Setiap kumpulan  membina ayat mudah berdasarkan kata nama am yang telah disebutkan.
c.       Ketua kumpulan menulis ayat yang telah dibina di  papan tulis.
d.      Murid dibimbing membuat pembetulan berdasarkan komen guru.
e.       Murid menyalin ayat yang telah diperbetulkan dalam buku latihan masing-masing.

Langkah 4:

a.      Pentaksiran:
Murid menyenaraikan kata nama am mengikut katogeri pada lembaran kerja yang diedarkan.

Lembaran Kerja: Menulis kata nama am mengikut katogeri

b.      Pemulihan:
Murid memadankan gambar dengan perkataan.

Lembaran Kerja: Memadankan gambar dengan perkataan

c.       Pengayaan:
      Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar.

Lembaran Kerja: Mengisi tempat kosong menggunakan kata nama am yang                             berdasarkan gambar